Wednesday, February 4, 2009

Modul P&P Biologi - Bio~Score


Bertitik tolak daripada keazaman diri untuk melakukan satu inovasi dalam pengajaran . Maka saya telah memperkenalkan Modul P&P Biologi iaitu Modul Bimbingan Pelajar Belajar atau GLA (Guided Learning Approach) pada tahun 1992 di SMK. Dato’ Ahmad Maher. Modul ini berupa kaedah pengajaran terancang maka ia memberikan manafaat kepada guru dan pelajar. Guru dapat berperanan sebagai fasilitator di bilik darjah dan dapat mengaplikasi pelbagai strategi pedagogi P-P. Penggunaannya dapat memastikan pembelajaran berlaku secara terbimbing dan terarah serta pelajar bersedia dengan pengetahuan tentang sesuatu tajuk sebelum proses pengajaran-pembelajaran berlaku di bilik darjah. Oleh itu pelajar akan belajar secara berterusan sama ada sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran-pembelajaran hakiki di bilik darjah.

Melalui amalan reflektif, beberapa perubahan ’kaizen’ telah dilakukan terhadap cara penyampaian isi kandungannya berdasarkan perubahan tahap akademik klien apabila saya bertukar sekolah. Di SMK. Mulong, kaedah ini dinamakan Pakej Mesra dengan pendekatan lebih mudah bersesuaian dengan tahap akademik pelajar. Semasa di SMS. Tengku Muhammad Faris Petra, Modul GLAd (Guided Learning Approach & Device) diperkenalkan dengan nilai tambahnya sisipan soalan SPM bagi mencabar minda pelajar. Selaras dengan PPSMI, Modul Bio~Score dihasilkan berdasarkan ‘Integrated Curriculum for Secondary School Biology’.

Sehingga kini, Modul Bio~Score merupakan Modul dalam Bahasa Inggeris untuk Biologi 4551 bagi tingkatan 4 dan 5. . Modul ini telah diterima pakai lebih 120 buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Harian, Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Sains MARA, malah bukan sahaja di Semenanjung Malaysia tapi ke Malaysia Timur, Sabah, Sarawak dan Wilayah Labuan.

Kini Modul ini telah menjadi satu strategi peningkatan prestasi terhadap dasar pendidikan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bagi menambahbaik kaedah pengajaran Biologi dan mewujudkan suasana yang menggalakkan kelicinan pelaksanaan PPSMI.

1 comment:

  1. salm.boleh x saya nk jawapan untuk bm sbb saya ajar pelajar pakai bm

    ReplyDelete