Tuesday, September 29, 2009

Kursus Kajian Tindakan


Hari ni dan semalam (27-29 September 2009), cik gu- Juru Latih Utama KT terlibat dengan kursus Kajian Tindakan Peringkat Negeri Kelantan tahun 2009 sebagai Fasilitator dan penceramah slot Penulisan Proposal dan Laporan KT. Kursus ini untuk Guru-guru Tingkatan 6 Sekolah Menengah. Ia bertujuan untuk melatih guru-guru tktn 6 dalam membudayakan KT khususnya dlm peningkatan amalan P&P di bilik darjah.
Ini merupakan kali pertama cg handle kursus utk cg cg form 6, selalunya sasarannya guru sekolah rendah, men.(tktn 1-5)dan kepada Guru Cemerlang. Seronok dapat menambahkan pengalaman baru.
Apa cg dapat? Keseronokan bekerja, dapat berkongsi idea dengan cik gu tktn 6 termasuk Guru Akademik ( jawatan baru dalam Tingkatan 6). Dapat memberikan ilmu KT kepada guru.
Apa lagi...dapat lupa sekejap kecewa permohonan DG 54 cik gu ditolak.
Walau camne pun, ingat budak-budak cg di sekolah buat apalah mereka tu... Kerja-kerja bio dah bagi - Bio~Graphic Info Module, Bio~Math, 6 set Paper 1 Bio. Janji semua tu mesti ada atas meja cik gu.
tengahari ni balik.. pagi esok ceramah Biologi di SMS Machang, tengahari esok ke Permai Inn Trengganu. Buat apa?Alaa..berkhidmat pada negara..bagi sumbangan..

Monday, September 28, 2009

Hari-Hari Yang Makin Tiba

Salam....
Antara sedar dan tidak... kini bulan september semakin meninggalkan kita. Tak berapa lama lagi bulan Oktober dan November. Debaran di hati cikgu semain kencang bila mengingatkan tarikh peperiksaan yang semakin dekat. Kadang-kadang terfikir adakah anak-anak pelajar turut merasakan debaran yang sama.
Keputusan yang cemerlang bukan bererti anak-anak merasa selesa unutk berjuang di bulan november nanti. Keputusan yang agak lemah bukanlah pula ukuran bagi keputusan SPM yang sebenar tetapi sebagai amaran unutk anak-anak pelajar berusaha lebih gigih bagi memperbaiki keputusan tersebut. Masa lebih sebulan lagi mampu melonjakkan kejayaan anak-anak. Selamat Berjuang....

Tuesday, June 30, 2009

Kolaborasi, Program Panitia Bio cikgu...


Program Kolaborasi SMSTMFP -- MRSM siri 1 / 2009 ; 18.4.2009 dan siri 2 /2009 ; 4.7.09
Guru MRSM = 7 orang, guru SMSTMFP = 3 orang. serta 3 orang guru jemputan dari sekolah harian.
Pengisian : Teknik-teknik Belajar Bio dan Teknik Menjawab Soalan Esei.
Reportnya yang ditulis oleh pelajar....

On the 18th April 2009 , our school had held Biology Synergy Collaboration with MRSM Pengkalan Chepa . The aim of this programme is to improve the Biology achievement by exchanging Biology question by seven teachers of MRSM Pengkalan Chepa , three teacher from Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra that is , Mdm Mazinah , Mr. Ghazi and Mdm Rosliza .

60 Form Five student from all classes had been selected as Buddy Academic Support for the programme . Lots of preparation had been done to ensure a smooth running of the programme . Since the first phase of the collaboration would be held at MRSM Pengkalan Chepa , all of us had been given a brief concerning the programme in dvance . We were shocked to find out that the student there had already finished the third chapter of Form 5 syllabus . So , we had would not be fallen behind . A tremor of anxiousness started to creep in , as the day of the collaboration drew closer and closer .

At last , the most anticipate day arrived . So , on last Saturday , we left for MRSM Pengkalan Chepa by bus at around 8.00 a.m. arrived there not long after that . Upon our arrival , we were asked to gather at MRSM Pengkalan Chepa’s hall . However , since we were early , we had to wait for all 75 students of MRSM Pengkalan Chepa to gather . Only at 8.30 a.m. , the programme started. First we were divided into 25 small group consisting of 3 Farisians and 3 MRSM Pengkalan Chepa students.

Once it was settled , we were immediately exposed to a new idea of learning Biology . The Biology teachers there briefed us about the 4 constructs that made up Biology namely the BioDiagram, BioMath , BioGraph and the last but not least is the BioProcess . These subdivisions of Biology need to be mastered in order to score good marks . Each explanations on the Biology components was followed by hands on activity where we had to apply the newly exposed ideas in answering the questions given . We also had some discussions in our group about the questions and how to answer them by using the OCCER technique . Just to mention , OCCER stands fo ‘Object Conditions Cause an Effect Result’ . The last slot was handled by our Biology teacher Mdm Mazinah who explained to us about Paper 2 essay .

All in all , the programme was a real eye-opening experience for us not only in forms of gaining more knowledge and enhancing new techniques but also in terms of improving our attitude and perhaps mending our mentality . Even the MRSM Pengkalan Chepa’s students appearance reflect their charismatic nature and maturity and there still lied a vast gap between Farisians and them weather we admit it or not . The way we act right now still now do not reflect the real attitude a boarding school students should hare and we are way too ignorant to become fully aware of the fact that our school’s reputation is receding very fast . So , hopefully we will be able to change our attitude and how we learn to improve our academics. Still , a million thanks to all SMSTMFP’s Biology teacher for their outstanding effort in skyrocketing our school’s Biology’s result . I personally think that our teachers are much experienced and dedicated than any other teachers found elsewhere . In facts , most MRSM Pengkalan Chepa students compliment with no mistakes if there’s any compared to those given by their teachers.

So , it all depends on us to ensure the continuity of this school’s success . In short , this type of collaboration should be extended out for other subjects .

With that , I end my speech with Wassalamualaikum , thank you

Laporan ini disampaikan oleh Saudara Fahmi, 5Lamda semasa roll call..TQ.
Sabtu ni ada lagi...siri 2...aduhai...

Monday, May 4, 2009

Kebahagiaan...


Semalam cikgu ke Bangi, menghadiri satu majlis perkahwinan di Bangi. Rasa lupa sekejap hal di sekolah. Ketika ini aku telah buat keputusan dalam kerjaya, cik gu berundur...semuanya jadi kenangan. Bila? secepat mungkin...lagi baik...

Wednesday, April 29, 2009

Inilah yang cik gu dapat selama ini...


Semalam meeting JK Kurikulum Sekolah, cik gu dapat beberapa bahan termasuk catatan minit mesyuarat mata pelajaran elektif. Aduhai... bila dibaca..rasa diserang, malu, terhina ...beginilah jadinya bila keputusan SPM mata pelajaran Biologi 2008 jatuh merudum. Tak habis lagi tohmahan yang diterima. Selama berada di sekolah ini, result Bio antara yang OK pernah mendapat tempat ke 4 dari 54 SBP tahun 2004 dan 2007. Kata mereka, cg sibuk sangat..entahlah .. cg keluar - untuk memberi sumbangan kepada PPD, JPN, SBP. Mesyuarat diadakan untuk membincangkan bagaimana nak selesai masalah prestasi subjek elektif tapi lain jadinya. Memang cik gu rasa 'demotivate' , rasa nak ke sekolah jam 7 pagi pulang 2 ptg, tak lebih dari itu. Tapi bolehkah begitu?, melihatkan mata, wajah anak-anak murid cik gu- cik gu tak sampai hati...mereka aset negara. CubaanMu datang lagi...sesungguhnya tetap cik gu bersabar...

Monday, April 20, 2009

Lega...2 program OK


Lama cik gu tak menulis blog, sibuk sikit. Sabtu 2 minggu lepas 11/4 /2009 sebagai Setiausaha Majlis Guru Cemerlang Kelantan, cik gu telah menguruskan satu Majlis bersama Pengarah Kelantan- Tn Hj Mohd Ghazali b Abd Rahman dengan semua Guru Cemerlang di Maktab Sultan Ismail. Hampir 1 1/2 jam Pengarah berucap di depan GC, sesungguhnya Tugas GC adalah amanah. Dan pada sabtu berikutnya 18/4/09, sebagai Ketua Panitia Biologi, cik gu menguruskan Program Kolaborasi antara Guru Muda SMS Tengku Muhammad Faris Petra dengan MARA Pengkalan Chepa. Banyak juga pelajar dan cik gu dapat belajar dari MARA. 20/6 ni Guru Muda dari MARA P.C datang ke Faris pulak. Nak tahu lebih lanjut program ni, lepas ni lah... nak ready masuk kelas. Oh..ya.. semalam hari ahad , cikgu sebagai pengiring Kelab Bowling bawa 5 peserta Faris ke pertandingan Bowling di KB Mall dari jam 8.00 hingga 3.00 petang. Sempat jugak cg shopping kat situ. Alaa...2 kerja satu masa.Best! Jumpa ex-Faris. Kata mereka, cg slim sikit..wau..happy..maklumlah badan naik ni.. nak gerak pun susah..tambah-tambah nak sholat.

Thursday, February 19, 2009

Cuba untuk menulis cerpen...ada bakat tak?

Cuba untuk menulis cerpen untuk dimskkan dalam buku penerbitan Majlis Guru Cemerlang. bacalah...ada bakat tak??
Tajuk : Seraut kasih, selautan madu....

Sekali lagi aku tersentak apabila Tn. Pengetua, Tn. Hj. Razali berhujah lagi dalam mesyuarat guru lebih 14 tahun lalu semasa aku bertugas di SMK. Dato’ Ahmad Maher, ” Kalau nak mengajar jantung tu, biarlah budak boleh explain tentang apa saja mengenai jantung sebelum cikgu ajar tajuk tu. Jadi cikgu kena buat sesuatu biar budak-budak baca buku ”. Semua mata memandang ke arahku. Lagi-lagi biologi, lagi-lagi bio, bengang jugak aku. Apa harus aku lakukan. Sekali fikir betul jugak kata pengetua aku, budak boleh terangkan dan budak baca dulu!. Tak lah penat dok bersyarah kat depan, syok sendiri sudahnya, budak belum pasti faham!.

Hari demi hari berlalu pergi, persoalan yang sama berlegar di kotak mindaku yang baru 6 tahun dilantik sebagai Guru Penolong dan ditugaskan mengajar Biologi tingkatan 4, 5 dan Sains Teras tingkatan 4, 5. Macam mana budak boleh terangkan hal jantung, nak terangkan apa? Binaan ke ? Fungsi ke ?, Mekanisme denyutan jantungkah ? Kalau suruh baca pun nak baca apa? Selalu pun aku suruh baca tapi esoknya aku soal tak tahu jugak. Susahnya jadi cikgu bio pada abad 20-an ni !! . Dulu rata-rata orang kata bio mudah, mudah hafal dan tidak sukar dijawab. Sekarang dah lain, lain sangat. Soalan Biologi SPM 4551 paling banyak menguji tahap tinggi aplikasi, sintesis dan menilai seperti kata Bloom. Aku perhatikan pelajar pun ada jugak menunjukkan perlakuan menyakitkan hati aku., suka tengok kat luar, jasad saja depan aku tapi otak entah ke mana-mana. Adakah mereka tak minat belajar biologi? Kalau dah tak minat, sudah pasti result periksa dia orang pun rendah. Result bio sekolah pun boleh lingkup. Sia-sia aku jadi cikgu kalau aku tak buat sesuatu. Azam aku ... jantung pengetuaku, aku gegarkan!!

Tekad dan iltizamku kembali berbunga. Makmal Biologi jadi saksi, aku bersama rakan guru biologiku, cikgu Da ... rakan sejatiku, apa nak buat?. Masing-masing memerah otak, sesekali mataku terpaku pada sekeping gambar jantung di bilik persediaan... jadi sumber inspirasi kami. Chupp! Eureka !! Idea dah tiba ... Lantas aku serakkan di atas meja - buku teks biologi pelbagai penerbit, pelbagai buku rujukan, sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Kami perlu bagi ’guide’ pada pelajar apa benda nak baca dan nak tulis. Ia perlu diberi dalam bentuk soalan-soalan yang berupa rangsangan bagi pelajar bergerak balas dengan menggunakan buku rujukan di luar masa sekolah. Ibarat kalau nak suruh orang yang tak tahu masak kena bagi resepi, sekurang-kurangnya dapat makan walau tak sedap!. Pastinya soalan yang akan ku bina mestilah akur huraian sukatan pelajaran dari aras mudah kepada aras sukar. Nampaknya menjadi betul sesi sumbangsaran kami. Betullah orang kata, 2 otak lebih baik dari 1 otak !!.

Aku mula menjalankan kerjaku –membina soalan-soalan rangsangan sedikit demi sedikit dan disediakan dalam bentuk lembaran kerja. Kata arahan dan tugasan soalan mesti jelas agar pelajar mudah menyediakan jawapannya. Bila pulak aku nak bagi pelajar untuk mereka menjawabnya ?. Sudah pasti sebelum masa pengajaran hakiki di bilik darjah. Inovasiku berjalan lancar, aku mula merasakan aku begitu bermakna kepada pelajar-pelajar. Seminggu sekali, pelajar datang mangambil lembaran kerja. Aku mula nampak perubahan tahap pelajar-pelajarku. Suasana dalam kelas sudah berbeza. Pelajar begitu proaktif, masuk ke makmal dengan minda bukan sifar lagi, soalan-soalan yang aku ajukan kepada mereka begitu mudah dijawab. Aku juga boleh membetulkan kesilapan-kesilapan pelajar masa tu jugak. Modul pelajar menjadi nota biologi yang lengkap mana tidaknya sebelum aku ajar, mereka dah buat nota berpandukan soalan rangsangan yang aku bina manakala semasa pengajaran di bilik darjah mereka menokok tambah hasil perbincangan kami. Wah! Aku puas hati dengan kerja aku dan pelajar aku, kalau tidak selama ini, bila suruh buat nota mereka tiru bulat-bulat daripada buku rujukan tanpa mengekstrak dulu yang mana satu fakta penting atau bukan. Akhirnya fahamnya tidak , janji perintah guru siap!, ... kesian...n..n.

Haai... bahagianya menjadi guru..!. Lantas aku menamakan Modul Pakej Mesra berasaskan Guided Learning Approach ( Bimbingan Pelajar Belajar ). Bibit-bibit kemesraan mula menguntum antara aku dengan pelajarku. Apa yang aku suruh, pasti mereka buat. Kesannya memberangsangkan. Dalam pertandingan Kuiz Sains Nasional, anak-anak didikku diuji kepintaran mereka dalam bidang sains di mana aku kuarantin mereka sebelum bertanding. Hasilnya dapat meraih Naib Johan Zon Utara dikalahkan oleh Penang Free School. Sebagai Guru Pembimbing Projek Riadah Alam Sekitar ( PRIAS ) 1995, aku dijemput ke Wisma Sime Darby, K.L untuk menerima hadiah sebagai Johan pertandingan tersebut. Syukur alhamdullillah.

Tanggal 13 dan 14 Mei 1996, aku telah diminta oleh pihak JPN negeri Kelantan untuk membentangkan satu inovasi yang bertajuk ’ Penyediaan dan Pelaksanaan Modul Bimbingan Pelajar Belajar – GLA dalam P&P ’ kepada semua guru biologi negeri Kelantan. Aku berjaya mencuri tumpuan para peserta untuk menghayati pembentanganku. Aku tersenyum puas. Sekali kala gamat jugak Dewan Duyung Perdana Resort dengan ejekan GLA dengan ditambah dengan huruf i’ , jadi perkataan GiLA. Ya ! sememang begitulah – nak menghasilkan ’complete’ Modul Bio tingkatan 4 dan 5 bagi menambahbaik suasana pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Aku tidak peduli apa orang nak kata, segala penat lelahku ternyata berbaloi, dalam masa dua tahun aku dapat bereskan Modul Biologi dan Modul Sains Teras tingkatan 4 dan 5. Lebih membanggakan, ada guru sanggup bayar wang untuk mendapatkannya... tak payahlah, inovasi perlu dikongsi. ’ Roomate’ di rumah selalu menggelarkan aku sebagai Srikandi. Betulkah ?, entah!!! Rakan GC dan rakan lama boleh menjadi panel penilai aku !!!

Mendung mengarak kerjayaku, pabila tanggal 16 Jun 1998, tanpa diduga aku ditukarkan ke SMK. Mulong sebuah sekolah di pinggir bandar dengan pelajar yang pencapaian akademiknya sederhana. Hatiku bagaikan ditusuk sembilu, sedih bukan kerana terpaksa ke sekolah harian biasa tapi cara pertukaranku..biarlah detik itu menjadi kenangan pahit dan abadi buat diriku. Perasaan sedih merantai diriku, pesan terakhir Pengetua, En Wan Hamzah b Wan Daud sebelum aku bertukar. ” Pergi ke sana, lakukan sesuatu..buktikan keupayaan diri dengan kejayaan. Katanya aku ada kelebihan,benarkah? Entahlah.....

Di SMK Mulong (SMKM), sekali lagi cabaran menerjah diriku. Aku masih ingat bila nak mengajar tajuk meiosis, aku terangkan berulang-ulang baru faham tanpa disedari cecair peluh mengalir di lekuk tulang vertebraku. Seronok juga dapat pengalaman baru dari sekolah kawalan ke sekolah harian biasa. Di sini aku juga ingin menggegarkan jantung pengetua baruku... seorang ibu yang begitu lemah lembut tapi keras semangatnya. Kata-kata pertama dari Bonda Hjh Che Som bt Daud, hijrah aku ke SMKM perlu bermakna, jadi buatlah sesuatu selaras dengan kedatangan aku sebagai Guru Kanan Sains dan Matematik. Aku mengorak langkah bersama sokongan penuh guru-guru sains dan matematik serta staf sokongan makmal. Kepimpinan melalui teladan aku aplikasikan sehingga Makmal Sains SMKM dicanang tempat pertama negeri Kelantan dalam Pertandingan JUARA yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

Sekali lagi aku diarahkan oleh pengetua menjalankan Kajian Tindakan. Mulanya bila menerima surat rasmi bertarikh 16 Ogos 1998, penghantaran kertas proposal kajian tindakan, aku KIV je, tapi ditegurnya, ” Dah buat ke tindakan susulan ?” Aduh! Berkejar aku mencari rakan guru yang pernah melaksanakan kajian tindakan. Nasib baik berpihak pada diriku kerana rakan setugas, cikgu Che Zawiah juga rakan sekolah sedia membantuku. Tanpa ditangguh lagi, aku adakan mesyuarat Jawatan Kuasa Kajian Tindakan untuk membincangkan pelaksanaan Kajian Tindakan di peringkat sekolah kami. Kami mengenalpasti kelemahan pelajar tingkatan lima dalam mata pelajaran biologi dan kimia adalah dari aspek kemahiran melukis graf dan rajah. Aku mula menyediakan proposal dan kami seiring melaksanakan tindakan susulan bagi merawat kelemahan tersebut. Sekali gus rawatan tersebut membantu meningkatkan prestasi calon SPM 1998. Pahit menempuhnya tapi kini kenangan manis pulak jadinya.

Hari demi hari, aku dapat rasai kehangatan kasih sayang, kuntuman keikhlasan dan ketekunan para warga SMKM. Pengetua makin erat denganku, kadang-kadang aku dapat merasakan aku dianggap sebagai adik beliau. Bagiku walau dengan siapa pun pengetua itu, aku tetap akur dengan perintah majikan. Aku tidak akan menentang arus, aku berfikir kalau aku berada di tempatnya aku pastinya juga inginkan anak buahku mengikut arahanku. Kalau tak setuju, datang berbincang.... mungkin juga. Tapi adakah aku mahu jadi pengetua?. Memang kawan-kawan kata , aku ada tokoh jadi pengetua, ada aura... apabila mereka tengok aku dapat menjalankan tugas sebagai GKSM dan Penyelaras PMR dengan cemerlang. Tapi bila campur tolak kali bahagi, rasanya aku sememangnya dilahirkan untuk menjadi seorang guru !!. Jiwaku...pendidik sejati...sampai bila-bila..

’Core-business’ aku sebagai guru mata pelajaran biologi aku laksanakan sebaik mungkin, post mortem peperiksaan dalaman dan luaran menunjukkan prestasi pelajar banyak dibantu oleh guru yang dedikasi. Modul yang dibina... aku gunakan untuk mereka sebagai satu kaedah bagi menjulang kejayaan di sini. Ya! Nampaknya usahaku menggunakan Modul Bio sebagai medium P&P ternyata cukup menjadi, tapi aku akan rasa tak puashati jika aku tak menulis kajian tindakan bagi membuktikan secara sistematik tindakan aku berkesan. Kertas Cadangan Kajian Tindakan aku dihantar ke EPRD ( Bahagian Perancangan dan Penyelidikan ). Lulus proposalnya, aku melaksanakan kajian, ’ Meningkatkan penguasaan fakta biologi menggunakan Modul GLA ’. Jujukannya aku dapat peruntukan terhadap kajian tu, pengetua memutuskan untuk membeli komputer bagi kegunaan sekolah. Ya aku bersetuju sebab semua keperluan aku semasa menjalankan kajian ditanggung oleh sekolah, Cuma aku menyumbangkan tenaga dan masa saja. Tersiratnya untuk keprofesionalisme aku jugak.

Beberapa tahun aku menggunakan modul P & P, aku perhatikan pelajar perempuan tiada masalah dalam menyiapkan modul tersebut tapi pelajar lelaki lain pulak ragamnya. Maka aku perlu mengubah suai modul atau mudahnya aku perlu membuat penambahbaikkan kandungan dan penyampaiannya, kata orang Jepun ’Kaizen’ atau pesan Saidina Omar, Jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Ya ...aku amalkannya semata-mata untuk pelajar yang aku sayang... Motto kerja buatku tetapku genggam, ” Didiklah ... agar cemerlang akademiknya, gemilang akhlaknya ”.

Modul biologi versi baru untuk pelajar sederhana mula diperkenalkan. Konsepnya pelajar lebih terbimbing, lebih mudah disediakan oleh pelajar. Modul ini dipenuhi dengan carta alir, grafik, padanan, lengkapkan gambarajah ... yang secara tuntasnya menggalakkan pelajar ke arah pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan. Walaupun aku banyak terlibat sebagai guru sumber biologi negeri Kelantan dan melaksanakan tugasan GK Sains dan Matematik, namun silibus biologi aku dapat tamatkan selewatnya bulan Julai setiap tahun, tempoh masa ulangkaji lebih panjang, macam-macam boleh buat untuk pemantapan konsep biologi dan teknik menjawab soalan bagi pelajar yang aku kasihi. Terima kasih buat rakan biologi yang membantu aku dalam penyediaan Modul ini.

Dalam kesibukanku menjalankan tugas rutinku, sekali lagi aku diberi tanggungjawab sebagai Penyelaras Projek Inovasi Sains. Tanggal 9.9.1999, SMK. Mulong dinobatkan sebagai Johan peringkat kebangsaan Inovasi Sains di SMS Tun Azlan Shah ( SERATAS ) – Keberkesanan Alocasia ovalifolia sebagai antiseptik dalam rawatan luka. Penulisan projek berdasarkan format penulisan kajian tindakan. Gempar ..pabila di dada akhbar Berita Harian 1 Nov 1999 terpampang foto kumpulan projek inovasi sains, aku bersama pelajar dengan Tn Hj Ghani bin Mat Ketua Unit Sains Matematik Negeri Kelantan. Sekolah kami berjaya mengharumkan nama Negeri Kelantan, tanah serendah sekebun bunga. Masihku ingat lagi tatkala rintangan datang bertalu-talu, aku terduduk, kalau dipejamkan mata ni, sememangnya air mata akan jatuh berlinang. Apa tidaknya, kelemasan nak bimbing buat kajian , nak ajar budak untuk pembentangan dan menulis lagi, nak uruskan pelajar ini ke USM Kubang Kerian untuk bantuan dan pengesahan dari badan atau agensi yang diiktiraf. Tetap segar di ingatan ini, malam pun masih berada di makmal biologi, pengetua pun datang menjenguk kerja buat kami, katanya,” dia tak boleh tolong, tak reti penyelidikan sains ni, tak pelah saya buatkan air teh untuk sama-sama minum”, Di hidangkan air teh pada kami, kata cikgu Zamri, cikgu ICT, ”Air teh DG2 ni kena minum sebab tak ada kat tempat lain ni ”. Deraian ketawa mengiringi suasana walau pun badan sudah keletihan membantu pelajar membuat persiapan akhir pertandingan. Sesungguhnya melatih pelajar yang sederhana pencapaiannya berbeza berbanding dengan pelajar yang cemerlang. Namun aku tetap bersabar. Sesungguhnya sabar membawa banyak kemenangan dalam kerjayaku.

Tanggal 4.4.2000 kumpulan pegawai PPK datang menilai aku untuk pertandingan Guru Inovatif kategori Individu. Berdebar jugak walau pun aku rasa dah bersedia ...Apa projeknya? Aku menggunakan kekuatan pada diriku iaitu modul GLA dan kekuatan SMKM yang mempunyai persekitaran yang ceria penuh dengan taman-taman botani. Maka lahir projek inovasiku- Bio~Eks : Eksploitasi Sumber Alam bagi meningkatkan pencapaian Biologi. Pada hari pembentangan projek inovasiku, keputusan SPM 1999 diumumkan, apalagi result SPM panas-panas aku hidangkan kepada panel hakim. Peningkatan cemerlang 1A dan 2A SPM biologi dari 4% ke 10.5% menyokong kuat projek aku. Selang seminggu keputusan diumumkan aku mendapat tempat ke dua dan anugerahnya aku terima pada sambutan Hari Guru 16 mei 2001 di Ipoh. Aku panjatkan kesyukuran padaNya.

Tahun berikutnya, satu awal pagi aku menerima panggilan telefon yang pihak Nazir negeri Kelantan, Tn Hj. Jayamara datang nak menilai aku. Tapi bukan untuk guru inovatif lagi tapi penilaian bagi calon Guru Cemerlang. Fail-fail kerja, Modul GLA ( cetak menjadi buku ) dan dokumen tugasan yang diamanatkan pada aku, aku serahkan pada pihak Nazir sebagai bahan sokongan. Dan aku jua ditemubual olehnya. Sekembalinya Nazir, aku berbisik pada diriku, jika ada rezekiku, dapatlah aku jadi Guru Cemerlang. Kalau tak dapat pun tak pe, mungkin rezekiku dalam bentuk lain. Syukur, tanggal ........ aku menerima surat pos laju dari Bahagian Sumber Manusia, aku ditawarkan ke jawatan Guru Cemerlang, DG 2 (KUP). Rezeki aku lagi, batch GC kali ini dijemput ke majlis Penyampaian Watikah Pengesahan, bangga, gembira, bahagia.... bercampur baur...lebih membahagiakan aku anugerah tersebut daripada Ybr, Dato’ Rafie Mahat, KPPM. Terima pulak dari tangan Dato’ Rafie Mahat... tokoh pendidikan negara!

Aku terpaksa melepaskan Jawatan Guru Kanan Sains dan Matematik, namun pengetua tetap mahukan aku terlibat dalam perancangan sekolah. Aku tidak keberatan kerana tugasan perancangan dan pentadbiran sekolah bertujuan untuk akademik pelajar. Apa salahnya aku turut berperanan lagipun aku pernah menjadi ketua panitia Sains, K.P Biologi mahupun GK Sains Matematik. Pun begituku masih lagi kekal memegang portfolio Penyelaras PMR. Tahun 2003, perancangan dan pelaksanaan program tingkatan tiga terencat dek ramai guru menengah rendah yang berpengalaman telah diserap ke sekolah rendah. Pening jugak aku dibuatnya akibat pertukaran ini ...... dan akhirnya cuti pertengahan tahun. Semasa dalam aku bercuti di Kampung ’roomate’ aku di K.P, aku pulak kena tukar. Tak pe lah... ” Pertukaran adalah perkara biasa ”. Itulah kata-kata bekas Pengarah Kelantan, Hj Zorkarnain 11 tahun dulu kepada aku semasa di SMK Dato’ Ahmad Maher.

Tinta sejarah terukir pada 1 Jun 2003 apabila tanpa ku duga, aku ditukarkan ke SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra setelah genap 4 tahun 9 bulan aku bertugas di SMKM. Perasaan sedih, terkejut bercampur baur bukan kerana ke sekolah budak pandai tapi pertukaran secara tiba-tiba....

Daun pintu bilik pengetua ku ketuk perlahan.... Aku memberi salam kepada pengetua di sekolah baru,aah..ah bertemu lagi pengetua lamaku di SMKDAM, En. Wan Hamzah yang kaya idea dan tetap bergaya. Hijrah aku dari sekolah harian ke sekolah berasrama penuh adalah untuk memperkasakan SBP. Tambah pengetua, ” Misi kita nak menghantar lebih ramai pelajar ke luar negara dan lebih ramai mengambil bidang perubatan” Ya ... aku akan cuba!!. Langkah pertama, aku mula membuat pemerhatian terhadap pelajar, guru biologi yang ada di situ dan program atau aktiviti peningkatan prestasi biologi SPM. Langkah seterusnya yang pasti modul Biologi digunakan oleh pelajar kelas yang aku ajar. Amalan kajian tindakan terus menjadi budaya aku walau aku berada di SBP. Sekali lagi aku melakukan penambahbaikan terhadap modul Biologi dengan menyisipkan terus soalan SPM lepas bagi mencabar minda pelajar dan terus melatih pelajar menjawab soalan SPM peringkat awal lagi bukannya di saat akhir. Aku mengaplikasi pelbagai teknik dan taktik untuk peningkatan prestasi Biologi, antara Bengkel Skor Esei Max, Bengkel K3 Skor 50, Skor K1- 50/50 dan Best : Konsep & Teknik Jawab.

Keputusan SPM 2004 diumumkan, pencapaian biologi SPM peringkat SBP mendapat tempat ke 4 kebangsaan. Rasanya berbaloi, aku menolak kursus PTK kerana aku mahu melihat hasil tuaian pertama aku di SMSTMFP. Kecemerlangan Biologi diulangi untuk tahun 2005, aku mengajar 4 kelas tingkatan 5 dari 7 kelas , pencapaiannya tempat ke 8 peringkat kebangsaan.

Pada awal 2003, aku menerima surat dari JNS Persekutuan meminta kami membuat Perancangan Jangka Pendek dan Jangka Panjang selama 5 tahun termasuklah menterjemahkan modul Pakej Mesra ke dalam Bahasa Inggeris selaras dengan dasar KPM iaitu PPSMI. Tahun 2006, mata pelajaran biologi diajarkan dalam bahasa Inggeris. Haai.. risau jugak selama ini mengajar dalam bahasa ibunda pun rasa tak cukup masa, inikan pulak dalam bahasa asing. Tak pe.. GC kena cuba!! Biar berjaya!!. Oleh itu pada November 2005 aku telah bermuafakat dengan 2 orang GC -Che Mat, Pah dan 7 orang guru Bio –Cg Ghazi, kak Nor, Odah, Na, Linda, Ana,Kak Dah untuk membereskan projek ini dengan target Modul kami itu boleh digunakan apabila sesi persekolahan 2006 dibuka.

Bio~Score itulah nama modul versi Bahasa Inggeris yang aku berikan, ahli lain bersetuju saja. Lantaran semangat dan keyakinan kuat dari WHWD, Modul kami tersebar ke seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak serta Labuan. Sesungguhnya ia adalah suatu usaha penambahbaikkan Modul Bimbingan Pelajar Belajar atau GLA (Guided Learning Approach). Modul ini ditulis berdasarkan Integrated Curriculum for Secondary School Biology Form 4. pastinya ia mengekalkan konsep GLA iaitu pembelajaran berlaku secara terbimbing dan terarah serta pelajar bersedia dengan pengetahuan sebelum proses pengajaran-pembelajaran berlaku di bilik darjah. Jelas-sejelasnya para pelajar akan belajar secara berterusan sama ada sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran-pembelajaran hakiki di bilik darjah.

Kandungannya padat dan tepat !!!, ‘Learning Objectives’, Bio~Dictionary, Peta Konsep dan ‘Learning Outcomes’ . Malah penyediaan isi kandungan Bio~Score juga mengikut ‘Learning Outcomes’ yang telah ditetapkan oleh pihak Pusat Perkembangan Kurikulum. Ianya ditulis dengan ayat yang begitu mudah dan sistematik iaitu dari aras mudah kepada aras yang lebih sukar. Penyampaian fakta secara grafik, melengkapkan fakta biologi dan melukis gambarajah membangkitkan minat dan semangat pelajar dalam pencarian maklumat. Wah! Macam nak bersyarah pulak!!. Isi kandungan Modul ini wajib dikuasai oleh setiap pelajar dalam mata pelajaran Biologi. Walau camne pun, Modul ini masih memerlukan penambahbaikkan dari masa kesemasa. Aku tetap menerima kelemahan seorang bernama insan.

Pernah ketika aku memantau PEKA biologi SMK. Geting, Tumpat, cikgunya tak henti memuji usaha kami. Begitulah seadanya....harapan murni, ianya dapat membantu para guru dan pelajar dalam proses P&P kerana tahun 2006 merupakan tahun pertama mata pelajaran Biologi dalam Bahasa Inggeris. Jauh di dasar hati, kami berharap dengan penggunaan modul ini, silibus dapat ditamatkan lebih cepat serta sesi mengulangkaji dapat dijalankan dengan lebih sistematik. Ia dapat membantu guru dalam melaksanakan tugasan sebagai fasilitator di bilik darjah juga memberikan ruang kepada guru untuk mengaplikasi pelbagai kaedah pedagogi P-P. Manakala bagi pelajar pula dapat menggalakkan akses kendiri dan penglibatan diri dalam proses pembelajaran serta mudah menjalankan pembelajaran berkumpulan. Seterusnya suasana proses pengajaran Biologi lebih aktif dan bermakna. Eh..eh.. macam juru jual pulak aku!! Tak ada tokoh…, juru beli adalah kut!!

Syukur dalam usia begini, kesihatan aku masih O.K… dapatlah aku menyumbangkan perkhidmatan sebagai GC khusus kepada SMSTMFP atau PPDKB atau JPNK, SBP dan peringkat kebangsaan.

Dalam meniti liku-liku perjuangan, pelbagai onak dan duri telah ku tempuhi. Pun begitu aku masih ampuh meladeni segala halangan. Hari ini, aku telah berjaya menjadi seorang pendidik yang mampu merobah arus pemikiran anak-anak didikku. Aku puas dengan pencapaianku setakat ini…Azimat keramat dari 3 orang mantan pengetua ku pegang erat setiap saat… Penempatan pertama aku di SABS Kuantan (1986-1991) dengan pelajar pelbagai kaum dan pelbagai pencapaian. Aku masih ingat kata-kata yang ditulis oleh Pengetua Tengku Adnan pada kad untuk diberikan pada setiap guru sebelum persaraan beliau. Tulisannya untukku berbunyi…, “ Cikgu, Senyuman cikgu menjadi kebanggaan anak murid cikgu. Senyuman cikgu jugak membakar semangat anak murid cikgu. Senyumlah selalu untuk anak-anak murid cikgu “. Penempatan kedua aku di sekolah bandar kawalan, SMKDAM, kata Pengetuanya- WHWD jua mentorku,” Lihatlah pada diri sendiri, sebenarnya ada kekuatan yang orang lain tak tahu…., penempatan ke tiga di sekolah harian pinggir Bandar, Hjh Che Som selalu kata ‘Nah, ingatlah di kala berkawan, tak semua orang di sekeliling kita hatinya macam kita, waspada selalu..’. Dan penempatan ke 4 ke SMSTMFP yang begitu banyak kenangan buatku, apa dia? Lain masa aku akan menulis…. Sanggup kau tunggu atau bisa menulis lagikah aku? .

Nampaknya pelbagai pengalaman telah aku rasai, bertuahnya aku dengan kombinasi ini bagi meraikan genap perkhidmatan aku selama 23 tahun pada tahun ini. Masa berlalu dengan pantas……kenangan pahit pada Mei 1998 walaupun dah 11 tahun berlalu masih tetap aku tak lupa, tapi rupa-rupa Allah s.w.t ingin menguji ku, mematangkan aku..... Ya! manis anugerahMu kerana sekarang aku bergelar GC DG 52. Sesungguhnya terima kasih buat semua sahabat-sahabat & WHWD yang membantu aku…dan ibuku, Hjh Che Hazizah bt Yusof yang telah pergi buat selama-lamanya pada tanggal 29 Feb 2008 di kala aku sedang bertungkus lumus membuat persediaan pencerapan Nazir untuk DG 52 aku.

Airmata tetapkan berlinang walau ku tahan….mengenang itu semua.., rupanya..itu kurniaMu untukku di dunia ini. Selepas ini ke mana ya ? hanya Allah s.w.t saja yang mengetahuinya….


Sekolah cik gu paling ramai Guru Cemerlang. GC sejarah - Cg Rodzieh bt Harun, GC Bahasa Inggeris - Cg Azalina, GC kimia - Cg Ramli, Cg Add Mt - Cg Noterzam, Cg Mukhtar dan Cg Zakiah dan GC Matematik - Cg Aminah dan Cg Zahariah. Tengok foto kami di hadapan bangunan pejabat sekolah. Cg pulak kat tengah - baju biru

Kerja banyak lagi tapi rasa x de mood nak buat. Jom.. tengok foto anak buahku...iszul

Tuesday, February 17, 2009

EXPERIMEN d Lab Bio

Lama tak mgadap blog aku...sibuk!! Relaks minda aku mskn rakaman student aku Kamilah semasa eksperimen - structure jantung. Lihat lah... seronok - P&P Kontektual

Wednesday, February 4, 2009

Eman & Anak-anak saudaraku

Dok buat robot tahun lepas. Eman suka layan budak-budak..

Modul P&P Biologi - Bio~Score


Bertitik tolak daripada keazaman diri untuk melakukan satu inovasi dalam pengajaran . Maka saya telah memperkenalkan Modul P&P Biologi iaitu Modul Bimbingan Pelajar Belajar atau GLA (Guided Learning Approach) pada tahun 1992 di SMK. Dato’ Ahmad Maher. Modul ini berupa kaedah pengajaran terancang maka ia memberikan manafaat kepada guru dan pelajar. Guru dapat berperanan sebagai fasilitator di bilik darjah dan dapat mengaplikasi pelbagai strategi pedagogi P-P. Penggunaannya dapat memastikan pembelajaran berlaku secara terbimbing dan terarah serta pelajar bersedia dengan pengetahuan tentang sesuatu tajuk sebelum proses pengajaran-pembelajaran berlaku di bilik darjah. Oleh itu pelajar akan belajar secara berterusan sama ada sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran-pembelajaran hakiki di bilik darjah.

Melalui amalan reflektif, beberapa perubahan ’kaizen’ telah dilakukan terhadap cara penyampaian isi kandungannya berdasarkan perubahan tahap akademik klien apabila saya bertukar sekolah. Di SMK. Mulong, kaedah ini dinamakan Pakej Mesra dengan pendekatan lebih mudah bersesuaian dengan tahap akademik pelajar. Semasa di SMS. Tengku Muhammad Faris Petra, Modul GLAd (Guided Learning Approach & Device) diperkenalkan dengan nilai tambahnya sisipan soalan SPM bagi mencabar minda pelajar. Selaras dengan PPSMI, Modul Bio~Score dihasilkan berdasarkan ‘Integrated Curriculum for Secondary School Biology’.

Sehingga kini, Modul Bio~Score merupakan Modul dalam Bahasa Inggeris untuk Biologi 4551 bagi tingkatan 4 dan 5. . Modul ini telah diterima pakai lebih 120 buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Harian, Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Sains MARA, malah bukan sahaja di Semenanjung Malaysia tapi ke Malaysia Timur, Sabah, Sarawak dan Wilayah Labuan.

Kini Modul ini telah menjadi satu strategi peningkatan prestasi terhadap dasar pendidikan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bagi menambahbaik kaedah pengajaran Biologi dan mewujudkan suasana yang menggalakkan kelicinan pelaksanaan PPSMI.

Familiku dulu-dulu

Lawa kan ibuku dan handsome ayahku...itu semua tinggal kenangan.....

Tuesday, February 3, 2009

Kejutan Pelajar SPM2008


Hari ini terkenang budak-budak SPM 2008 mengadakan Majlis Jejak Cemerlang seperti biasa rutin setiap tahun sebagai merai tahun last berada di asrama pada 1 nov lalu hari sabtu.

aku dikejutkan dengan ucapan selamat hari lahir dari mc dan ramai-ramai mereka nyanyi 'Allah selamatkan cg kami.....entah aku lupa, bukan pandai sangat nyanyi ni. Terharu juga ...ingat mereka kat aku.

Sunday, February 1, 2009

Kenangan...

Ibuku...aku panggil 'chek' tetap aku rindu selama-lamanya...Along n eman jangan lupa..sedekahkah al-fatihah pada to'ki dan to'. Mereka berdua sangat sayangkan along n eman, mereka lah yang jaga kamu masa kamu kecik-kecik.

Allahyarhamah ibuku-Hjh Hazizah bt Yusof bersama Princess aku, Nurul Fatihah bt Sharulnizam semasa pendaftaran Eman di matrik 2007. Nampak ibuku dah susut badannya dan tak bermaya..tapi semangat jugak nak pergi antar eman. itulah dia kejayaan anak-anak dah dapat tengok, ni nak tengok kejayaan cucunya pulak..tapi tak sempat..al-Fatihah....amin..rindu sangat kat dia...tambah-tambah bila hati ku berduka...
Foto ayahanda ku, Hj Muda bin Chik. Lama dah ayah ku pergi.. hampir 15 tahun lalu pada hari Jumaat jam 9.30am. Ayahku memang strict mendidik aku, kakak dan 3 adik lelaki aku. Ayahku selalu memberi aku tugas menggosok uniform polis dan melengkapkan butang berlogo polis pada uniformnya, memang kena hati-hati sebab tak boleh terbalik atau senget logo tu..nanti kena marah! Aku takkan lupa, walau ayah aku strict tapi tak pernah pukul aku..cuma sekali dia jentek telinga aku coz aku buang kulit pisang kat bawah, sebab kami dok tingkat 4 rumah flet polis Wakaf Mek Zainab. Itulah ayahku... ingat sangat kat dia .... fatihah..amin.

Geramnya...


Pagi ni aku ke sekolah dengan penuh bersemangat maklumlah dah cuti 1 minggu coz cina beraya. Sampai staff room aku dapat tau hari ni Ahad guna jadual hari isnin. Bengang betul..aku dah buat planning kerja aku untuk hari ni...tapi semua burn. Kalau gini tak payah buat daily lesson plan, main bantai je...Dah banyak kali berlaku begini..hish..hish apa silapnya? Aku masuk kelas dengan tawar sekali...tapi pandai budak pujuk, itulah aku-kalah dengan anak-anak muridku.
Bila dah tenteram n sejuk, PK pulak bawak pegawai dari JPN untuk pemantauan PPSMI, aduhai...geram lagi sekali...nasib baik aku kenal pegawai tu.. tak lah teruk stress aku.
Rancak jugak perbincangan kami - pasal pengurusan strategik dan nasib baik aku dah bereskan Buku Manual Pengurusan Panitia Biologi 2009. So..selamat..
Abis kelas aku jam 2pm, solat jap sambung pulak Kelas Tutorial petang 3-4.30pm...
Balik rumah rehat..ngantuknya..

Friday, January 30, 2009

Monday, January 26, 2009

Start buat blog- tarikh bersejarah 26 jan2009 dengan kakak tersayang Mazila Muda, cik gu jugak. Happy sangat dapat bina blog, coz dah lama berhajat tak dapat buat bizzi sgt. Datang jalan rumah kakak baru dapat buat. Jalan-jalan dapat bina blog, hebatkan! Puteri aku Nurul Fatihah dan putera aku Eman ke GIANT dgn Hadri, anak saudaraku. Che abe dok tengok TV dengan abe ipar aku, abe aziz. Rupanya mudah je...bina blog. tapi bila masa x de, semua nya nampak kabur.