Salam buat semua...moga sentiasa sejahtera, bahagia dan ceria dalam apa jua kerja, diberkati ALLAH s.w.t. Saya- Cg Mazinah bt Muda dari SMS Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kel. Dah mengajar 23 tahun lebih..rasa sangat nak bersara. Pengisian blog? Biasa saje ...hanya berita dan cerita sebagai seorang GC Biologi, seorang ibu, kakak dan adik serta sebagai seorang sahabat, boleh juga sebagai mentor. OK... senyum selalu..awet muda tau!!!
Tuesday, March 30, 2010
Baka tulen/Pure breed bukan kacukan!
Semua kenalkan bunga raya, nama saintifiknya..rosa sinensis. Kelihatan 5 kelopak/ petal saja ..itu menunjukkan ia baka tulen. Jika banyak kelopak macam ros ia bukan pure breed tapi telah dikacukkan. Camne yang tulen ke yang kacukan lebih cantik? Terpulang pada pemikiran dan rasional kita. Semua jawapan pun boleh ....begitulah kehidupan, sst perkara boleh dilihat pada sudut berbeza..kita kena terima dengan fikiran terbuka.
Tau tak mengenai penamaan saintifik? Bagi penyelarasan nama organisma itu mesti sama walau di mana ia berada. Penamaan Binomial Linnaeus /Penamaan 2 nama : Genus dan spesis, maka rosa itu - genus dan sinensis itu nama spesis. Ia mesti ditaip dengan italic times new roman atau jika tulisan tangan mesti digariskan. Payahkan! begitu kehidupan ...untuk kebaikan bersama mesti ada jugak peraturan.. jangan alpa kita ada Al-Quraan dan Hadis sebagai pegangan dan batasan..
Belajar Bio... Biodiversiti & Variasi
Foto tu kobis warna biasa kehijauan dan satu lagi tu ungu. Cantik kan? itulah kita panggil variasi iaitu ..
1. Variation is the phenotypic differences between individual of the same species.
2.Variation helps a species to survive the changes in the environment and exploit a new habitat which is suitable to them and can ensure their survival from predators.
3.Examples of variation in humans such as height, weight, types of fingerprints, intelligence, blood group and tongue rolling
Sama jugak macam kita warna kulit beza-beza. Fizikal pun dah beza..apatah lagi di hati..mesti lagi berbeza. Sukarkan nak menilai kawan di sekeliling kita walau warna kulit kita sama.
Bestnya..dapat rehat minda & fizikal
Subscribe to:
Posts (Atom)