Monday, July 26, 2010

Kem Akademik P.C.B




Alhamdullillah..tamat sudah Kem P.C.B yang berlangsung pada 22- 25 Julai(khamis -ahad) di D'Bali Resort, Pasir Puteh, Kelantan. Sasarannya kepada semua pelajar tingkatan 5/ 2010. Semua guru sains tulen terlibat - Utk Kimia :Cg Ramli, Cg Rudi, Dr Chan & Cg Saidi. Utk Fizik : Cg Feen, Cg Emi, Cg Aishah. Utk Bio - cg Rosliza dan Cg sendiri. Kenapa nama P.C.B? Alaa..P - Physics, C- Chemistry, B -Biologi. Pengisiannya - ceramah teknik menjawab soalan SPM, perbengkelan dan diselitkan juga ceramah motivasi dan pembugaran kerohanian - kuliah maghrib dan BBQ.
Cg rasa bersyukur dan terharu dengan komitmen semua AJK Kem Akademik ini. Penat tak terkira. Semalam bila pulang rumah, cg tidur dengan lena sangat.
Tak disangka-sangka, program ini turut disertai oleh 36 orang pelajar dari SMS Kepala Batas yang pada mulanya ingin melaksanakan program kembara semarak A. Allah Maha Mengetahui...apa hikmahnya..Pastinya terjalin hubungan erat antara pelajar di samping berkongsi pengetahuan bio, fizik & Chemistry.
Apa kesannya? Kita lihat result trial nanti pada 3 Ogos dan pastinya SPM 2010. Insya'ALLAH ..Ia akan membantu hamba-hambaNya yang berusaha dan ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Amin ya rabbil alamin.