Wednesday, February 4, 2009

Modul P&P Biologi - Bio~Score


Bertitik tolak daripada keazaman diri untuk melakukan satu inovasi dalam pengajaran . Maka saya telah memperkenalkan Modul P&P Biologi iaitu Modul Bimbingan Pelajar Belajar atau GLA (Guided Learning Approach) pada tahun 1992 di SMK. Dato’ Ahmad Maher. Modul ini berupa kaedah pengajaran terancang maka ia memberikan manafaat kepada guru dan pelajar. Guru dapat berperanan sebagai fasilitator di bilik darjah dan dapat mengaplikasi pelbagai strategi pedagogi P-P. Penggunaannya dapat memastikan pembelajaran berlaku secara terbimbing dan terarah serta pelajar bersedia dengan pengetahuan tentang sesuatu tajuk sebelum proses pengajaran-pembelajaran berlaku di bilik darjah. Oleh itu pelajar akan belajar secara berterusan sama ada sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran-pembelajaran hakiki di bilik darjah.

Melalui amalan reflektif, beberapa perubahan ’kaizen’ telah dilakukan terhadap cara penyampaian isi kandungannya berdasarkan perubahan tahap akademik klien apabila saya bertukar sekolah. Di SMK. Mulong, kaedah ini dinamakan Pakej Mesra dengan pendekatan lebih mudah bersesuaian dengan tahap akademik pelajar. Semasa di SMS. Tengku Muhammad Faris Petra, Modul GLAd (Guided Learning Approach & Device) diperkenalkan dengan nilai tambahnya sisipan soalan SPM bagi mencabar minda pelajar. Selaras dengan PPSMI, Modul Bio~Score dihasilkan berdasarkan ‘Integrated Curriculum for Secondary School Biology’.

Sehingga kini, Modul Bio~Score merupakan Modul dalam Bahasa Inggeris untuk Biologi 4551 bagi tingkatan 4 dan 5. . Modul ini telah diterima pakai lebih 120 buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Harian, Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Sains MARA, malah bukan sahaja di Semenanjung Malaysia tapi ke Malaysia Timur, Sabah, Sarawak dan Wilayah Labuan.

Kini Modul ini telah menjadi satu strategi peningkatan prestasi terhadap dasar pendidikan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bagi menambahbaik kaedah pengajaran Biologi dan mewujudkan suasana yang menggalakkan kelicinan pelaksanaan PPSMI.

Familiku dulu-dulu

Lawa kan ibuku dan handsome ayahku...itu semua tinggal kenangan.....

Tuesday, February 3, 2009

Kejutan Pelajar SPM2008


Hari ini terkenang budak-budak SPM 2008 mengadakan Majlis Jejak Cemerlang seperti biasa rutin setiap tahun sebagai merai tahun last berada di asrama pada 1 nov lalu hari sabtu.

aku dikejutkan dengan ucapan selamat hari lahir dari mc dan ramai-ramai mereka nyanyi 'Allah selamatkan cg kami.....entah aku lupa, bukan pandai sangat nyanyi ni. Terharu juga ...ingat mereka kat aku.

Sunday, February 1, 2009

Kenangan...

Ibuku...aku panggil 'chek' tetap aku rindu selama-lamanya...Along n eman jangan lupa..sedekahkah al-fatihah pada to'ki dan to'. Mereka berdua sangat sayangkan along n eman, mereka lah yang jaga kamu masa kamu kecik-kecik.

Allahyarhamah ibuku-Hjh Hazizah bt Yusof bersama Princess aku, Nurul Fatihah bt Sharulnizam semasa pendaftaran Eman di matrik 2007. Nampak ibuku dah susut badannya dan tak bermaya..tapi semangat jugak nak pergi antar eman. itulah dia kejayaan anak-anak dah dapat tengok, ni nak tengok kejayaan cucunya pulak..tapi tak sempat..al-Fatihah....amin..rindu sangat kat dia...tambah-tambah bila hati ku berduka...
Foto ayahanda ku, Hj Muda bin Chik. Lama dah ayah ku pergi.. hampir 15 tahun lalu pada hari Jumaat jam 9.30am. Ayahku memang strict mendidik aku, kakak dan 3 adik lelaki aku. Ayahku selalu memberi aku tugas menggosok uniform polis dan melengkapkan butang berlogo polis pada uniformnya, memang kena hati-hati sebab tak boleh terbalik atau senget logo tu..nanti kena marah! Aku takkan lupa, walau ayah aku strict tapi tak pernah pukul aku..cuma sekali dia jentek telinga aku coz aku buang kulit pisang kat bawah, sebab kami dok tingkat 4 rumah flet polis Wakaf Mek Zainab. Itulah ayahku... ingat sangat kat dia .... fatihah..amin.

Geramnya...


Pagi ni aku ke sekolah dengan penuh bersemangat maklumlah dah cuti 1 minggu coz cina beraya. Sampai staff room aku dapat tau hari ni Ahad guna jadual hari isnin. Bengang betul..aku dah buat planning kerja aku untuk hari ni...tapi semua burn. Kalau gini tak payah buat daily lesson plan, main bantai je...Dah banyak kali berlaku begini..hish..hish apa silapnya? Aku masuk kelas dengan tawar sekali...tapi pandai budak pujuk, itulah aku-kalah dengan anak-anak muridku.
Bila dah tenteram n sejuk, PK pulak bawak pegawai dari JPN untuk pemantauan PPSMI, aduhai...geram lagi sekali...nasib baik aku kenal pegawai tu.. tak lah teruk stress aku.
Rancak jugak perbincangan kami - pasal pengurusan strategik dan nasib baik aku dah bereskan Buku Manual Pengurusan Panitia Biologi 2009. So..selamat..
Abis kelas aku jam 2pm, solat jap sambung pulak Kelas Tutorial petang 3-4.30pm...
Balik rumah rehat..ngantuknya..