Salam buat semua...moga sentiasa sejahtera, bahagia dan ceria dalam apa jua kerja, diberkati ALLAH s.w.t. Saya- Cg Mazinah bt Muda dari SMS Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kel. Dah mengajar 23 tahun lebih..rasa sangat nak bersara. Pengisian blog? Biasa saje ...hanya berita dan cerita sebagai seorang GC Biologi, seorang ibu, kakak dan adik serta sebagai seorang sahabat, boleh juga sebagai mentor. OK... senyum selalu..awet muda tau!!!
Wednesday, April 7, 2010
Bukan senang bina soalan utk pekse
hai.. dah masuk bulan 4, tak lama lagi PKBS [Penilaian Kendalian Berasaskn Sekolah] 2 bulan mei. Kena speed doh ngajar baik tktn 4 atau tktn 5. Macam biasa Bio, kena buat kelas tambahan, kalu tak - takkan abis dalam bulan 7. Bagi cik gu biasa je..
Untuk PKBS 2 ni - Biologi tktn 5, bab yang diuji adalah semua tktn 4 dan bab 1 hingga 3 bagi tktn 5. Cik gu rasa semua calon SPM 2010 negeri Kelantan tengah rancak membuat ulangkaji. Ya..ke?
Tuesday, April 6, 2010
Lawatan dari SMS Muar, Johor
September lalu terima kunjungan dari SMS Muar - Seronok jumpa kawan lama - Cg Noraini GC Bio. Teringat semasa mula-mula cikgu mengajar di SMSTMFP dulu. Budak selalu je tidur. bila jumpa dengan cik gu noraini bina soalan Peperiksaan untuk SBP, cg ajukan masalah ni utk kongsi. Katanya ala.. budak SBP macam tulah tidur tapi belajaar. Ya ke..benarke? Bila cik gu cakap kat budak-budak 5 alfa dan 5Gamma 2004 jawapan cg Noraini tadi, budak-budak ketawa..sejak dari mereka tak ngantuk lagi malah makin mesra dengan cik gu. Sejak itu cik gu bukan lagi cik gu bio tapi kaunselor untuk mereka malah ummi mereka.
Thursday, April 1, 2010
Kembali macam biasa...
Hari ini cg kembali dari cameron highland yang agak sejuk suhunya 20 degree celsius. Sampai di rumah ada tamu nak datang..ala seorang pelajar cg di Faris batch 2004 SPM bersama ibunya. Wajahnya sama dengan wajah ibu, kata orang tua - sejuk jika anak lelaki mirip wajah ibu. Katanya nak sambung belajar lagi buat master di UIA. Cg sentiasa doakan yang terbaik untuknya dari dulu sampai sekarang.
Begitulah jadi cik gu, ada pelajar yang ingatkan kita sokmo, ada yang dah lupa tapi ada juga buat tak kenal bila jumpa kat mana-mana. Yalah kehidupan..
Sebenarnya cg sebagai guru penasihat Badan Pemimpin Pelajar, baru selesai taip sijil untuk badan Pemimpin Pelajar 2010, dah janji nak buat dengan pelajar. Tiba-tiba tak dapat ada aral dapat mc 2 hari. So malam ni baru boleh buat. Tak de masalah dah beres! Dulu guru diibaratkan sebagai lilin tapi bagi cg- guru adalah sel solar. Kenapa gitu?
Subscribe to:
Posts (Atom)